Assalamualaikum kesayangan semua..
lama tak berblogger...bertahun dah..hahaa
i'olls ada info sikit nak share..
cer bace yang kat bawah ⇩ ..inshaallah bermanfaat untuk semua..
Memiliki badan yang sihat dan cergas sememangnya menjadi idaman setiap orang sama ada lelaki mahupun wanita.
Untuk mencapai impian tersebut aktiviti fizikal yang bersistematik amat penting. Aktiviti fizikal adalah merupakan suatu aktiviti yang melibatkan pergerakan seluruh anggota tubuh badan. Aktiviti fizikal boleh dijelaskan sebagai suatu pergerakan yang melibatkan penggunaan otot-otot besar.
Terdapat pelbagai aktiviti fizikal yang boleh dilakukan. Misalnya jogging. walking, aerobics dances, field games. cycling. swimming. bowling dan golf.
Namun begitu dalam kesibukan pada zaman sains dan teknologi ini, kita telah disogokkan dengan pelbagai peralatan canggih yang bertujuan untuk meringankan kerja manusia. Antaranya ialah lif,escalator,dan berbagai lagi yang boleh menyebabkan kita tidak banyak menggunakan tenaga.
Fenomena ini telah menjadikan individu itu bertambah malas dan lemah, malah berasa sangat rugi jika menggerakkan anggota tubuh badan mereka. Keadaan ini jika dibiar berterusan akan menyebabkan pe1bagai risiko penyakit hipokinetik, iaitu penyakit-penyakit yang disebabkan oleh kurangnya pergerakan fizika1.
Penyakit tersebut termasuklah penyakit kardiovaskular (sakit jantung), tekanan darah tinggi, masalah kegemukan, sakit belakang, dan sakit sendi. Sebenarnya, badan kita memerlukan lebih banyak peluang untuk bergerak aktif.
Oleh yang demikian kita digalakkan melakukan aktiviti fizikal untuk menilai tahap kecergasan semasa. Aktiviti fizikal adalah merupakan suatu aktiviti yang penting dalam mengatasi masalah kesihatan. Latihan fizikal akan dapat meningkatkan fungsi sistem kardiovaskular, yang berupaya mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan mungkin mengurangkan aras tekanan darah.
Di samping itu latihan fizikal juga menghasilkan otot yang kuat dan sendi yang senang bengkok atau lembut. Seterusnya kekuatan otot dan kelembutan sendi ini akan membolehkan kebanyakan tugas harian lebih mudah dilakukan dan membantu pencegahan sengal dan sakit serta arthritis.
ilmu pengetahuan yang sedikit ni kita amati bersama ye..bukan untuk diri saya sahaja tapi untuk semua..
so jangan malas-malas ha..
bila da baca, sila la amalkan ye..seminggu sekali pon da memadai..
untuk sapaaaaaaa???
untuk diri kita sendiri jugak..
kalau malas jugak...bole ikut sis buat yoga
amacam??? ada bran?? hihiii...
kesihatan ialah tunjang sebuah kehidupan...
selamat membaca dan selamat beraktivitas..
salam sayang dari sis..muah cikedd

Comments
Post a Comment